Wednesday, 3 May 2023

Sekitar Majlis Khatam Al-Quran Dan Penyampaian Hadiah Program Jom Ke Masjid.

 Pada 27 Ramadan 1444 bersamaan dengan 18/4/2023,Masjid telah mengadakan Majlis Khatam Al-quran dan Penyampaian hadiah untuk pemenang Program Jom Ke Masjid.


Majlis Khatam Al-Quran ini merupakan salah satu majlis tahunan setiap kali tiba bulan Ramadan untuk masjid ini.Penyertan adalah terdiri daripada Ahli kariah Masjid ini.

Matlamat utama ialah untuk memupuk dan merperkasa minat terhadap mendalami Al-Quran serta mengimarahkan masjid di sepanjang Ramadan.Aktiviti membaca Al-Quran ini dilakukan selepas solat teraweh dan selepas solat Asar bagi peserta lelaki manakala bagi peserta perempuan pula dilakukan pada sebelah pagi seawal 8 pagi.Diharapkan akan ada lebih ramai penyertaan pada tahun akan datang.

Majlis Khatam Al-quran ini telah di pimpin oleh Ustaz Ibnu Sina.




Majlis turut menerima kunjungan hormat oleh Penghulu Mukim Gunung Semanggol.Pihak masjid amat berbesar hati dengan kunjungan ini memandangkan difahamkan beliau mempunyai banyak komitmen lain.


Setelah selesai acara Khatam Al-quran,Majlis diteruskan dengan penyampaian Hadiah kepada peserta dan pemenang Program Jom Ke Masjid.

Program Jom Ke Masjid ini buat pertam kali diadakan seumpamanya bertujuan untuk memupuk minat anak-anak kariah untuk datang solat berjemaah dimasjid.Program ini melibatkan anak-anak yang berumur 7-12 tahun dan 13-17 tahun.

Penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh Tuan Penghulu kita.




Penghargaan kepada hamba Allah yang telah menaja sebahagian hadiah untuk anak-anak kita.Moga ia di berkati dan menjadi pemangkin semangat untuk anak-anak kita untuk terus datang solat berjemaah di masjid.

Penghargaan juga untuk semua yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini.InsyaAllah ....jika di izinkan-Nya dapat kita adakan lagi pada tahun hadapan,

0 $type={blogger}:

Post a Comment