Pada 28 September yang lepas,pihak masjid dengan kerjasama pihak Sek Keb. Pondok Tanjong telah mengadakan majlis Sambutan Maulidur Rasul ,Pondok Tanjong Berselawat.Majlis seumpama ini merupakan majlis tahunan masjid tetapi kali ini Pihak masjid menjalinkan kerjasama dengan pihak sek Keb. Pondok Tanjong bertujuan untuk memupuk kesedaran dikalangan pelajar tentang kepentingan sambutan maulidur rasul.
Guru-guru membantu murid menyiapkan baner untuk digunakan pada hari sambutan nanti.
Majlis di mulakan seawal 7.30 pagi dengan perarakkan ke sekitar kampung sambil berselawat.Perarakkan ini di ikuti oleh pelajar dari tahun satu hingga enam dan juga ibu bapa serta ahli kariah.
Selepas selesai perbarisan,majlis dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan Qasidah Pondok Tanjung.
Bacaan Doa Oleh Imam Masjid.
Ucapan Daripada Pengerusi Masjid
Terima Kasih kepada Tuan Penghulu Mukim Gunong Semanggol kerana turut hadir.
Guru Besar SK Pondok Tanjong sedang menyampaikan ucapan.
Ustaz Daud sedang menyampaikan tazkirah ringkas .
Ustaz Ibnu Sina juga turut memberi Tazkirah Ringkas kepada para tetamu.
Penyampaian hadiah dan saguhati kepada tetamu.
Pihak AJK masjid merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini terutama kepada pengerusi masjid ,pihak SK Pondok Tanjong dan seluruh ahli kariah.
Tak lupa juga kepada yang telah infaq kepada majlis ini.Sumbangan anda amat di hargai.
Semoga majlis ini di berkati dan mendapat ganjaran pahala.
Pihak AJK masjid memohon maaf andai ada kekurangan.Moga kita dapat perbaiki kelemahan pada masa akan datang.











.jpeg)




















0 $type={blogger}:
Post a Comment