Wednesday, 2 August 2023

Program Bubur Asyura

 Sempena dengan kedatangan bulan Muharram,Masjid telah mengadakan program memasak bubur Asyura pada 30 Julai yang lepas.Antara objektif program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga ahli kariah. Di samping itu juga ia dapat memberi pendedahan mengenai masakan tradisi masyarakat kepada semua terutama golongan muda.



Program di mulakan seawal 8.00 pagi.Alhamdulillah program berjalan lancar dengan kehadiran ramai ahli karian termasuk golongan muda dan kanak-kanak.

Sebaik selesai memasak ,bubur telah diedarkan ke semua rumah ahli kariah.Diakhir majlis diadakan bacaan doa selamat dan sedikit jamuan.











Diharapkan program seumpama ini akan diadakan setiap tahun.Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang membantu.


0 $type={blogger}:

Post a Comment