Wednesday, 1 February 2023

Kemaskini Maklumat Berkenaan Projek Naik Taraf Pendawaian Elektrik Masjid.


 Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini...masjid akan menjalankan kerja-kerja Manaik taraf pendawaian elektrik.Ini kerana pendawaian sedia ada telah lama dan berisiko berlaku litar pintas yang akan mengakibatkan kebakaran.

Untuk itu pada awal October 2022,masjid telah membuka peluang kepada semua untuk menyumbang dalam bentuk wakaf tunai bagi menampung sejumlah dari RM15,000 keseluruhan kos.Hasilnya ...tabung ini berjaya mengumpul dana sebanyak RM6890.00.Baki selebihnya di tampung oleh tabung awam masjid.

Semoga setiap sumbangan akan menjadi saham akhirat.Semoga ianya menjadi pahala yang sentiasa mengalir selagi ianya digunakan.

Pada awal December 2022,kerja naik taraf telah dimulakan oleh kontraktor yang dilantik.Dan ketika artikel ini ditulis...kerja telah siap sepenuhnya.






Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyumbang samaada dalam bentuk tenaga atau wang ringgit.Semoga kita sama-sama peroleh ganjaran.


0 $type={blogger}:

Post a Comment