Pada 9 October yang lepas telah berlangsung majlis Sambutan Maulidul Rasul.Alhamdulillah...majlis telah berlangsung dengan jayanya.Walaupun tiada perancangan awal....dengan dedikasi yang diberikan semua ahli kariah...Akhirnya majlis ini dapat di laksanakan.
Sehari sebelum majlis berlangsung..Orang kuat kampung turut membantu mendirikan khemah.
Sementara menunggu kehadiran para tetamu..Majlis didahulukan dengan Selawat keatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang telah di pimpin oleh Imam Muda masjid.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid.Diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan pengerusi masjid...Encik Ahmad Zainuddin.
Diikuti Ucapan wakil kepada JPKK kampung...Encik Hj Hamidon.
Majlis turut diserikan dengan persembahan Qasidah oleh kumpulan Qasidah Muslimat yang di bimbing oleh Puan Siti.
Majlis diteruskan dengan ceramah Maulidul Rasul Yang telah disampaikan oleh Penceraman Jemputan iaitu Yang Berbahagia Ustaz Ibnu Sina.
Bagi memeriahkan majlis ....Majlis turut mengadakan kuiz untuk kategori dewasa dan kanak-kanak.Terima kasih kepada penyampai hadiah oleh tetamu jemputan.
==================================================
Penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahgia Ustaz Ibnu Sina Oleh Encik Hj Hamidon.
Gambar Sekitar majlis.
Tahniah kepada semua yang menjayakan dan para tetamu semua.Semoga Majlis untuk mengimarahkan masjid seumpamana ini terus mendapan sokongan dari semua ahli kariah semua..































0 $type={blogger}:
Post a Comment